Laman Mengopi Anda

WhatsApp Beta Baru Membawa Fungsi Gambar Beranimasi, GIF

5

WhatsApp sebelum ini telah menguji fungsi menghantar GIF pada perkhidmatan permesejan mereka. Hari ini melalui kemaskini WhatsApp Beta terbaru untuk Android, ia dilihat pengguna sudah boleh menghantar GIF kepada semua.

Melalui sokongan GIF ini, kini anda boleh menghantar gambar beranimasi, dan ia akan dimainkan terus pada group tanpa perlu membukanya terlebih dahulu. Setiap gambar beranimasi dilabelkan dengan GIF pada aplikasi permesejan berkenaan.

Dengan ujian pada fasa beta ini, kita mungkin akan melihat fungsi ini turut diperkenalkan untuk semua pengguna WhatsApp dalam masa beberapa minggu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More