in ,

Susut Berat Badan, 7 Idola Kpop Timbulkan Kerisauan Pada Peminat

Susut Berat Badan, 7 Idola Kpop Timbulkan Kerisauan Pada Peminat

Okay apa azam tahun baru anda? NAK KURUS! Semua orang inginkan badan yang kurus dan ramping. Namun, tidak semua tahu cara terbaik dan berkesan untuk mencapai impian tersebut.

Bila anda lihat selebriti Korea, mesti anda rasa kecantikan mereka itu semua dengan bantuan pembedahan plastik.

Tapi perlu diingatkan mereka juga amalkan diet untuk mendapatkan bentuk badan sedemikian. Kadang-kala terfikir BAGAIMANA MEREKA LAKUKAN?

Mungkin kerana mereka menjaga pola pemakanan dan pola tubuh mereka atau mungkin makan dalam jumlah yang sedikit.

Tetapi perlu diingatkan apabila susuk tubuh terlalu kurus juga boleh mendatangkan mudarat.

Sebagai contoh, beberapa model seluruh dunia sebelum ini meninggal dunia akibat terlalu taksub ingin kurus berbanding yang lain, sehingga mengabaikan kesihatan diri.

Seperti beberapa Idola Kpop ini yang mengalami susut berat badan yang agak memudaratkan malah menimbulkan kerisauan pada peminat. Siapakah mereka yang penulis maksudkan?

1. AFTER SCHOOL LIZZY

Ramai beranggapan Lizzy mengalami masalah anoreksia sementelah mengalami susut berat badan yang agak memudaratkan. Anda lihat sahaja bahagian kakinya yang menampakkan tulang.

AFTER SCHOOL LIZZY AFTER SCHOOL LIZZY

2. AFTER SCHOOL UEE

Mungkin ingin kelihatan lebih dewasa dan matang menyebabkan pelakon yang meningkat naik ini sanggup mengikat perut sehingga menjadi sekurus sebegini.

AFTER SCHOOL UEE

3. DIA CHAE YEON
Bukan sahaja peminat yang risau malah CEO agensinya sendiri juga turut bimbang dengan penampilan Chae Yeon yang kini terlalu kurus.

DIA CHAE YEON

4. F(X) LUNA

Peminat rindukan Luna yang dahulu nampak lebih seksi dengan badan yang berisi.

F(X) LUNA

5. SNSD TAEYEON

Taeyeon mendedahkan dia mengalami penurunan berat badan sebegini disebabkan jadual padat sehingga tidak mempunyai masa untuk makan. Hurmmm kesiannya!

SNSD TAEYEON

6. SNSD YOONA

Yoona mengakui selama bertahun-tahun dia bekerja keras untuk mendapatkan berat badan ideal tetapi disebabkan jadual yang padat, dia sama seperti Taeyeon tidak mempunyai masa untuk makan dengan betul.

SNSD YOONA SNSD YOONA
Ada Kpop Idol kesayangan anda termasuk dalam senarai?

What do you think?

23 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments