Siti Akan Nyanyikan Lagu Cinta Di Majlis Kahwin KD

0 18

Umum semua sudah mengetahui bahawa penghibur popular seberang, Kris Dayanti (KD) bakal menamatkan zaman janda bersama kekasih hatinya usahawan Raul Lemos pada penghujung bulan ini.
Malah semua sudah sedia maklum, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza merupakan sabahat baik KD. Mengakui telah pun menerima jemputan KD, Siti berkata akan menghadiri majlis tersebut meskipun jadual aktiviti hariannya agak padat.

“Saya telah pun mendapat undangan perkahwinan KD. Tak silap saya dia akan nikah pada 20 Mac ini dan majlis resepsi pula akan didakan pada 25 Mac.
“Walaupun sibuk saya akan tetap menghadiri majlis tersebut. Semua tahukan dia merupakan sabahat baik saya. Malahan dia juga pernah hadir ke majlis perkahwinan saya dahulu. Jadi pastinya sebagai rakan saya juga akan hadir,” katanya.

Malah kata Siti, dia juga tidak keberatan untuk menghiburkan tetamu yang ada pada majlis tersebut. Jelas pelantun lagu Biar Rahsia ini, senarai lagu yang akan dinyanyikan masih lagi belum dipilih.

“Kalau saya dah pergi pastinya saya akan menyampaikan beberapa buah lagu. Lagu apa yang akan dinyanyikan belum ditentukan lagi tapi pastinya lagu-lagu cintalah. Tak akan nak nyanyi lagu putus cinta pula,” katanya sambil ketawa.

Perkahwinan bersama Raul merupakan yang kedua buat KD. Sebelum ini, KD pernah berkahwin dengan komposer terkenal Anang dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa yang pasti, jelas Siti, dia mengharapkan agar perkahwinan kedua KD itu akan berkekalan sampai ke akhir hayat.

Leave your vote

30 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Subscribe to our newsletter
Subscribe to our newsletter
Sign up here to get the latest news, updates and special offers delivered directly to your inbox.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Hey there!

or

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot your password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Close
of

    Processing files…