Laman Mengopi Anda

Ryan Giggs Simpati Nasib Rooney

40
LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs meluahkan rasa simpati terhadap bekas rakan pasukannya, Wayne Rooney selepas England terikat seri tanpa jaringan dengan Slovenia pada kempen pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2018 awal pagi Rabu.

Pemain berusia 30 tahun itu diturunkan dari bangku simpanan pada perlawanan itu dan masih tercari-cari rentak permainannya.

“Saya lihat seorang pemain yang melalui fasa peralihan, saya pernah melaluinya ketika berusia 29 atau 30 tahun.

“Saya rasa bersalah terhadapnya pada musim lalu dan untuk England pada musim panas dia beraksi di posisi lebih penting. Kemudian dia diberitahu dia beraksi sebagai pemain No 9 atau No 10 (oleh Jose Mourinho).

“Dia barangkali keliru,” kata Giggs.

Namun Giggs menasihati Rooney supaya bekerja lebih keras kerana kariernya masih belum berakhir.

“Satu sahaja cara dia boleh kembali ke tahap terbaik adalah latihan yang kerap.
“Saya tidak melihatnya beraksi dalam posisi khas, dia ada bakat dan pengalaman untuk diturunkan di pelbagai posisi,” kata Giggs

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More