Laman Mengopi Anda

RM3.64 Juta Nilai Barangan Kemas Dirampas SPRM

31
RM3.64 Juta Nilai Barangan Kemas Dirampas SPRM

KOTA KINABALU: Barang kemas yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada pengarah dan timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah dalam kes penyalahgunaan kuasa membabitkan mereka dianggarkan bernilai RM3.64 juta.

Daripada jumlah itu, RM2.74 juta adalah nilai barang kemas yang dirampas daripada pengarah, manakala bakinya iaitu RM900,000 adalah milik timbalan pengarah. Jumlah itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, hari ini.

Difahamkan, lebih 14 kilogram barang kemas dirampas daripada kedua-dua suspek berikutan penahanan mereka berhubung kes penyelewengan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Seorang pakar penilai barang kemas dari Bank Rakyat dipanggil SPRM untuk membuat penilaian harga barang kemas terbabit dan kerja penilaian mengambil masa kira-kira dua jam bermula jam 10.30 pagi tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More