Laman Mengopi Anda

Remaja 18 Tahun Ada Ekor Di Punggung, Selamat Dibedah

9
Remaja 18 Tahun Ada Ekor Di Punggung, Selamat Dibedah

NAGPUR: Pakar saraf di India berjaya membedah ‘ekor’ sepanjang 18 sentimeter yang tumbuh dekat punggung seorang remaja berusia 18 tahun selepas sekian lama menderita kesakitan.

Media tempatan melaporkan, ibu bapa remaja itu membawanya ke hospital hanya selepas beliau mengadu sakit yang amat sangat dan sukar untuk tidur dan duduk. Katanya, ibu bapa remaja itu sengaja merahsiakan kecacatan anaknya kerana bimbang pandangan masyarakat dan percaya ia membawa tuah.

Remaja itu tidak mengalami sebarang masalah sebelum ini dan dilaporkan sihat. Pakar bedah saraf, Dr Pramod Giri berkata, kecacatan itu adalah hasil daripada kecacatan perkembangan-saraf, apabila ekor vestigial janin terus berkembang di dalam rahim.

Ekor itu biasanya akan mengecut apabila bayi semakin membesar dalam rahim, kerana ia adalah sebahagian daripada tulang belakang dan sistem saraf. Ia terdiri daripada tisu penghubung, saluran darah dan saraf yang dilindungi oleh kulit.

Menurut Dr Giri, remaja itu juga mengalami isu psikologi melampau kerana terpaksa sentiasa membetulkan kedudukan ekor di dalam pakaiannya ketika duduk akibat ia semakin membesar. Walaupun ia bukan satu pembedahan rumit, pembedahan itu perlu dilakukan pakar bedah saraf kerana ia membabitkan sebahagian daripada saraf tunjang.

Remaja itu dijangka keluar dari hospital minggu ini. Kata Dr Giri, ekor yang dibedah pada 3 Oktober lalu itu dipercayai paling panjang pernah direkodkan dan terdapat kira-kira 23 kes yang seumpamanya pernah dilaporkan di seluruh dunia. – Agensi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More