Laman Mengopi Anda

Posisi NO.1 Kembali Kepada Khairul Fahmi, Aidil Sedia Tutup Kepincangan Pertahanan Bagi Perlawanan Kedua Nanti

21
Pengurus Pasukan, Datuk Subahan Kamal berpendapat penjaga gol Terengganu, Sharbini Allawee Ramli bukan lagi calon sesuai untuk terus diberi kepercayaan menyarung jersi penjaga gol utama, selepas deretan aksi kurang meyakinkan ditampilkan pemain itu.
“memang kita lemah, bukan saja defend, tapi juga goalie, kita beri mereka peluang tapi mereka tak balas kepercayaan kita, saya dan pegawai lain dah cadangkan supaya turunkan semula Khairul, dan coach pun setuju, sebelum ni bukan tak percaya pada dia, tapi kita bagi dia betul2 recover kecederaan bahu, dan saya yakin dia sudah bersedia..bolos 19 gol dalam 5 perlawanan memalukan la, saya tak boleh terima. saya tak nak tengok lagi kesilapan bodoh, kita takda masa nak panggil atau scout player lain, so yang mana yang ada ni sila buat kerja anda, buktikan kepada kami anda layak menyarung jersi negara..”. – Datuk Subahan Kamal.
Melihat riak wajah serta kata-kata Subahan nyata beliau tidak lagi mahu memberi muka kepada mana-mana pemain yang dilihat tidak serius serta tidak mempamer prestasi UP TO THE STANDARD, dan tidak akan teragak-agak menyingkirkan mana-mana pemain yang dirasakannya tidak layak untuk berada di dalam pasukan.
Apek, kembali.
Kepincangan skuad negara, terutamanya di barisan pertahanan jelas menjadi topic yang hangat diperdebatkan di mana ianya cukup terserlah ketika Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu lalu.
Subahan juga membayangkan Ismail Faruqi akan mengambil alih posisi Safiq Rahim yang digantung perlawanan, manakala Amirulhadi Zainal dijangka mengambil alih semula posisinya di sayap kanan daripada Ahmad Fakri Saarani.
 
“itu antara plan kita, tapi masih ada masa 2 hari, kita akan tengok juga Shakir dan Gurusamy, atau pemain lain seperti Baddrol, memang kita akan turunkan yang terkuat, saya selalu berfikiran optimistic dan saya yakin barisan yang akan diturunkan nanti akan berjaya menumbangkan sang singa..”.
Sementara itu, kehadiran semula pemain pertahanan berprofil tinggi, Aidil Zafuan Abdul Razak dijangka menjadi tonik terbaik buat Datuk K.Rajagobal, untuk memperbaiki kerapuhan dan aksi longlai barisan pertahanannya yang dibarisi Muslim Ahmad dan Fadhli Shas.
Aidil dijangka mengambil posisi Muslim, namun sama ada Fadhli kekal sebagai gandingannya atau Raja mungkin merombak secara besar-besaran dengan mencuba kombinasi Aidil-Rizal Fahmi, hanya akan terjawab selepas satu atau dua lagi sessi latihan sebelum perlawanan.
Bagi Aidil, nasihatnya kepada rakan sepasukan, juga kepada diri sendiri – bermain dengan tenang, jangan kelam kabut, dan elakkan melakukan kesilapan.
Aidil juga berpendapat penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric tidaklah sehebat mana, sebaliknya hanya mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, serta body contact yang baik, justeru berpendapat jika barisan pertahanan kekalkan konsentrasi, penyerang itu akan mati kutu di Bukit Jalil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More