Laman Mengopi Anda

Pengeluaran KWSP Tidak Dikenakan GST

42
Pengeluaran KWSP Tidak Dikenakan GST

KUALA LUMPUR: Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berkuat kuasa pada 1 April.

KWSP dalam satu kenyataan pada Khamis mengingatkan ahlinya agar tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk membantu membuat sebarang pengeluaran.

“Ahli-ahli yang memenuhi syarat-syarat dinasihatkan berurusan terus dengan KWSP untuk membuat pengeluaran.
“Bagi Skim Pelaburan Ahli KWSP, KWSP tidak akan mengenakan GST bagi amaun dipindahkan untuk pelaburan,” kata kumpulan itu. 

Di bawah skim tersebut, ahli-ahli dibenarkan untuk memindah sebahagian daripada wang KWSP mereka untuk melabur dalam dana saham amanah yang diluluskan KWSP.

“Ahli-ahli dinasihatkan untuk memahami kos dan risiko yang terlibat, danmendapatkan nasihat daripada penasihat berkelayakan, sebelum memutuskan untuk menyertai skim itu,” kata KWSP.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More