Laman Mengopi Anda

Microsoft Menghentikan Penjualan Microsoft Band 2

32



Microsoft Band 2 ialah pengesan kesihatan yang dilancarkan oleh Microsoft tahun lalu. Penjejak kesihatan ini menggunakan platform Microsoft Health untuk merekod tahap kesihatan pemakai. Penjualannya dihentikan secara rasmi hari ini selepas stock sedia ada habis dijual.

Pada waktu yang sama pasukan yang menghasilkan perisian untuk Band telahpun dibubarkan.

Microsoft mengesahkan tiada perancangan untuk Microsoft Band 3 tahun ini.

Mereka akan terus menyokong Band 2 dan pelanggan yang memilikinya. Penjualan peranti boleh-pakai adalah mengecewakan bagi kebanyakan pengeluar.

Apple yang menjadi peneraju pasaran turut melihat jualan yang semakin menurun. Pihak Google pula menangguhkan Android Wear 2 ke tahun hadapan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More