Laman Mengopi Anda

Kekasih Kendall Jenner Dituduh Curang

34

SELEPAS hubungan dengan penyanyi rap iaitu ASAP Rocky berakhir, model terkenal Kendall Jenner dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola keranjang iaitu Blake Graffin.

Bagaimanapun, hubungan dibina sejak Ogos tahun lalu itu nampaknya mula bermasalah apabila timbul khabar angin pasangan itu tidak lagi sehaluan.

Malah sumber rapat dengan pasangan itu mengibaratkan hubungan Kendall dan Blake sebagai berada di hujung tanduk.

“Mereka sudah renggang tapi belum benar-benar putus,” ujar sumber.

Dalam pada itu, khabar angin mengenai hubungan pasangan itu bertebaran selepas Blake dikatakan curang terhadap Kendall.

Blake dilihat menikmati makan malam di salah sebuah restoran mewah dengan seorang wanita di Los Angeles pada minggu lalu.

“Mereka makan malam bersama seperti pasangan bercinta. Wanita itu kelihatan mesra dan meletakkan tangannya di paha Blake.

“Mereka juga kelihatan sangat bahagia dan bukan dibuat-buat,” ujarnya.

Bagaimanapun, sehingga kini Kendall masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More