Laman Mengopi Anda

Joan Rivers Bakal Disemadikan Di New York, Mati Di Usia 81 Tahun

33
Joan Rivers Bakal Disemadikan Di New York, Mati Di Usia 81 Tahun

Selepas dikejutkan dengan kematian salah seorang ahli kumpulan Ladies’ Code, EunB akibat kemalangan ngeri, tumpuan seluruh dunia kini beralih kepada berita kematian pengacara terkemuka antarabangsa, Joan Rivers.

Selain terkenal sebagai pengacara program ‘Fashion Police’ dan juga bergelar stand up comedian, Joan Rivers pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyokong perbuatan puak Zionis menyerang Gaza.

Menerusi laporan CNN, mendiang menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pada jam 1.17 Khamis dan bakal disemadikan di Temple Emanu-El in Manhattan, New York pada hari Ahad ini.

Joan Rivers popular dengan program ‘Fashion Police’

Untuk makluman anda, Joan Rivers telah dimasukkan ke Hospital Mount Sinai dan bergantung kepada bantuan pernafasan sejak 28 Ogos yang lalu apabila di berhenti bernafas selepas prosedur pembedahan peti suara di Klinik Yorkville Endoscopy.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan anaknya, Melissa Rivers kepada portal hiburan TMZ, Joan Rivers menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan ahli keluarga dan sahabat handai.

Melissa Rivers merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberi khidmat terbaik kepada ibunya dan turut menghargai ucapan takziah yang diterima mereka

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More