Laman Mengopi Anda

[Info] Banyak Haiwan Lahir Tanpa Bapa, Adakah Mereka Tuhan?

37

Ikan jerung Hammerhead

Istilah Parthenogenesis berasal dari perkataan Greek παρθένος parthenos, “virgin”, + γένεσις genesis, “birth”. Maka maknanya dalam Bahasa Melayu ialah “kelahiran dara”. Ianya adalah suatu bentuk pembiakan aseksual ditemui pada si betina, di mana pertumbuhan dan perkembangan embrio berlaku tanpa persenyawaan oleh si jantan.

Parthenogenesis biasanya berlaku pada sesetengah spesis haiwan invertebrata seperti (Kutu air, kutu daun, nematoda, beberapa jenis lebah, beberapa jenis Phasmida, beberapa spesies kalajengking, dan Wasp parasit) dan juga beberapa spesis haiwan vertebrata seperti (sesetengah reptilia, ikan, dan jarang-jarang terdapat pada burung dan ikan jerung, terutamanya jerung jenis Hammerhead).
Sedangkan haiwan pun ada yang lahir tanpa bapa, maka mengapa perlu dikatakan kelahiran Yesus / Nabi Isa a.s tanpa bapa itu bahawa Yesus adalah Tuhan atau anak Tuhan? Mengapa tidak katakan sahaja haiwan-haiwan yang lahir tanpa bapa itu juga Tuhan? Bukti-bukti kelahiran tanpa bapa pada haiwan-haiwan ini juga membuktikan secara saintifik bahawa tidak mustahil ianya juga berlaku kepada manusia dan tidak semestinya yang lahir itu adalah ANAK TUHAN, kerana TUHAN tidak mempunyai ANAK.
Yang mempunyai ANAK hanyalah MANUSIA dan HAIWAN, sedangkan TUHAN adalah PENCIPTA segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa. Dan kelahiran tanpa BAPA bukan hanya dialami oleh Yesus, tetapi juga lebih lama dahulu oleh Namrud, Baal, Osiris dan beberapa lagi.
Beberapa kejadian haiwan betina melahirkan anak tanpa bersenyewa dengan si jantan
Pada Disember 2001, seekor ikan jerung betina jenis Hammerhead melahirkan anak tanpa bapa, di Henry Doorly Zoo aquarium, Nebraska. Ianya berada di dalam tangki yang mengandungi 3 ekor Hammerhead betina yang mana ikan tersebut telah dibawa masuk ke Zoo tersebut selama 3 tahun dari luar.
Bacaan selanjutnya dalam Bahasa Inggeris di sini , dan juga di sini
Pada tahun 2008, sebuah akuarium di Hungary mempunyai kes lain parthenogenesis selepas seekor ikan Yu betina melahirkan anak tanpa pernah berhubungan dengan ikan Yu jantan. Pada tahun yang sama, Yu Blacktip betina Atlantik di Virginia direproduksi melalui parthenogenesis.
Pada bulan April 2004, para saintis di Tokyo University of Agriculture telah menggunakan parthenogenesis berjaya menghasilkan seekor tikus tanpa bapa.
Dan pelbagai lagi kes haiwan melahirkan anak tanpa bapa …….
Rujukan:
1 – Msnbc
2 – Wikipedia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More