Laman Mengopi Anda

Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

21
Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

Pelakon filem Rock Ooo, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 34, menerima hampir 200 missed call ketika berita yang mengatakan dia sudah meninggal dunia tersebar. Perkhabaran yang mengatakan Pekin telah meninggal dunia telah menjadi viral di laman Twitter dan di media sosial.

Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

“Saya masih belum meninggal dunia! Saya sihat sahaja. Saya baru selesai bermesyuarat dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan di Putrajaya untuk program yang bakal mereka adakan. Ketika sedang bermesyuarat, telefon bimbit saya menerima banyak panggilan sehingga kehabisan bateri.  

“Sesudah mesyuarat, saya caj semula telefon bimbit saya dan saya sangat terkejut kerana menerima hampir 200 panggilan tidak berjawab, menerima banyak notifikasi menerusi aplikasi Twitter dan Whatsapp. Berderau darah saya apabila dapat tahu yang berita palsu mengenai saya meninggal dunia tersebar,”kata Pekin. 

Risaukan keadaan ibu di kampung, Pekin terus menghubungi ibunya untuk memaklumkan yang dia masih sihat dan tidak meninggal dunia. Pekin juga kesal berita palsu ini menjadi viral di laman sosial kerana perihal hidup dan mati adalah satu perkara yang serius.

“Perkara pertama yang saya lakukan adalah untuk menghubungi ibu saya. Saya risau ibu saya yang berada di kampung bakal terkejut apabila menerima berita sebegini.  

Selain itu, saya juga risaukan keluarga dan rakan-rakan saya. Rupa-rupanya, berita palsu itu sudah sampai ke pengetahuan ibu dan saya hanya menjelaskan yang saya masih sihat sejahtera,” kata Pekin lagi. 

Dalam perkembangan terbaru, Pekin baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem yang berjudul Kampung Drift bersama Syafie Naswip dan Pablo Amirul.

Pekin juga kini sedang menanti dua filem terbarunya yang bakal menemui penonton di pawagam. Filem Juvana 2 lakonan Pekin bersama Johan As’ari, Zahiril Adzim dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 29 Oktober manakala filem sulung arahan Pekin yang berjudul Mat Moto 2016 bakal menjengah pawagam pada 13 Januari 2016.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More