Cicak Tokek Adalah HARAM Di Sisi Islam Untuk Di Makan/Berubat

0 4

PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-95 yang bersidang pada Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek atau gecko adalah haram.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, dalam satu kenyataan menerusi laman web jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, ini kerana muzakarah berpandangan bahawa tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan yang menjijikkan (khabis) dan beracun.
Berikutan itu, masyarakat Islam di Malaysia diminta tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.
Malah, sehingga kini tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan bahawa cicak tokek mampu menjadi penawar atau mengubati penyakit tertentu.
Keputusan fatwa berkenaan dicapai pada muzakarah yang diadakan pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Laporan akhbar sebelum ini menyebut cicak itu menjadi buruan orang ramai kerana didakwa boleh mencecah harga ratusan ribu ringgit seekor jika dijual.
Sesetengah laporan pula mendakwa cicak jenis berkenaan berupaya mengubati penyakit AIDS tetapi sehingga kini ia belum disahkan Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, difahamkan, pengamal perubatan Cina percaya organ haiwan itu yang dikeringkan seperti hati dan jantungnya boleh digunakan untuk rawatan masalah kulit tetapi bukan AIDS.
“Justeru, muzakarah memutuskan bahawa hukum memakan cicak gecko adalah diharamkan oleh Islam.
Bagi tujuan perubatan pula, penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan dari segi saintifik dan tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sumber : Berita Harian

Leave your vote

30 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Subscribe to our newsletter
Subscribe to our newsletter
Sign up here to get the latest news, updates and special offers delivered directly to your inbox.
You can unsubscribe at any time

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Hey there!

or

Forgot password?

Don't have an account? Register

Forgot your password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Close
of

    Processing files…