The news is by your side.

Cardi B Hanya Bersetuju Membuat Persembahan Jika Dibayar RM1.2 Juta

Image credit : mStar Online
9

PENYANYI rap Cardi B yang baharu sahaja bergelar seorang ibu dilaporkan hanya akan bersetuju untuk mengadakan persembahan berskala besar sekiranya dibayar di antara AS$100,000 ke AS$300,000 (RM1.2 juta).

Daily Mail melaporkan Cardi turut meletakkan syarat persembahan itu mestilah berdekatan dengan New York bagi membolehkan dia berada dekat dengan bayi perempuannya, Kulture Kiara Cephus.

Cardi atau Belcalis Almanzar membuat kemunculan pertamanya sejak melahirkan anak pada konsert kumpulan rap Mogis di Madison Square Garden Sabtu lalu.

Penyanyi itu sebelum ini membatalkan kemunculan sebagai artis pembukaan konsert Bruno Mars kerana belum bersedia untuk meninggalkan anaknya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.