in ,

Aleesya Miliki Ibu Tiri Pandai Masak

Bella Aleesya
Laudya (kiri) bersama Engku Aleesya. Foto: Instagram Engku Emran.

DAPAT dilihat kasih sayang Laudya Cynthia Bella terhadap anak tirinya, Engku Aleesya tidak dapat disangkal kerana mereka benar-benar akrab walaupun masih baru mengenali antara satu sama lain.

Dalam posting di laman sosialnya, Laudya berkongsi keterujaan memasak bubur ayam yang merupakan makanan kegemaran Aleesya.

“Masak bubur buat si cantik. Dia suka bubur ayam. Dan bikin ayam goreng,” ujar Laudya dalam video di Instastory miliknya.

Menurut Laudya, resepi bubur ayam dan ayam goreng itu diwarisi daripada ibunya.

Berdasarkan perkongsian itu, Laudya kelihatan begitu menyayangi Aleesya yang kini berusia lapan tahun.

Laudya yang merupakan seorang pelakon popular dari Indoensia dan Engku Emran berkahwin pada 8 September lalu di sebuah hotel di ibu negara.

Aktres itu ketika ini tinggal di ibu negara.

What do you think?

22 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments