in ,

8 Cara Untuk Pastikan Tubuh Sihat Sentiasa

Setiap kali masuk tahun baru, kita tidak putus-putus berazam untuk mengamalkan sesuatu yang baik dan sihat, termasuklah penjagaan kesihatan dan penampilan diri.

8 Cara Untuk Pastikan Tubuh Sihat Sentiasa

Namun, tidak ramai yang mampu mengekalkannya. Jangan gusar kerana panduan ini mudah dan murah.

Beli Pedometer, Mula Berjalan
Atur 10,000 langkah setiap hari. Berjalan amat berkesan mengurangkan berat badan dan membuang lemak sedia ada. Dengan ini tubuh anda akan membakar kalori yang berlebihan, menegangkan bahagian bawah tubuh, melindungi jantung dan berasa selesa, yakin serta sihat sepanjang hari.

Back To Basic!
Kuatkan otot dengan bersenam supaya kamu sentiasa sihat dan paling penting, terhindar daripada penyakit osteoporosis. Latihan yang disarankan adalah push-ups, sit-ups dan senaman separa cangkung. Lihat kesannya pada lengan dan pinggang, pasti lebih pejal. Amalkan secara bergilir anggaran 15 minit.

Penjagaan Kulit Ringkas
Kulit muka yang berkedut dan bertompok coklat boleh menyebabkan kanser kulit. Berita baik, anda masih punya waktu! Kulit yang rosak boleh dirawat segera tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Rutin cantik yang perlu diamalkan ialah pengelupasan kulit (gosok krim pengelupasan kulit di seluruh badan supaya rona kulit sekata, lembut dan mulus), pelembap kulit (sapu krim yang mengandungi beri kopi untuk hasil lebih berkesan) dan pelindung kulit (aplikasikan krim tabir suria SPF 40 atau ke atas sebelum keluar rumah).

Solekan, Less Is More
Kurangkan solekan pada wajah, anda akan nampak lebih segar dan tampil cantik. Hanya aplikasikan primer untuk menghaluskan permukaan kulit, tambah sedikit bedak asas pada bahagian yang memerlukan, sapukan pemerah pipi pada tulang pipi, alit garis mata nipis mengikut garis bulu mata, tambahkan maskara hitam juga sedikit pembayang mata. Akhir sekali, oles gincu bibir rona merah muda dan sapu highlighter di bawah dahi, atas tulang pipi dan sudut mata. Menawan sekali.

Tukar Rutin Penjagaan Rambut
Lupakan penggunaan pengering rambut, berbincang dengan stylist untuk gaya lebih segar pada penampilan agar tekstur dan bentuk rambut jadi lebih menarik. Gunakan syampu dan perapi mengikut jenis rambut. Kesihatan rambut anda akan terjaga dan anda tidak perlu gusar akan keadaannya.

Susun Rancangan Perubatan
Lazimnya bila krisis kesihatan timbul, barulah berjanji temu dengan doktor (check-up). Waktu itu anda tercari-cari di mana letaknya kad insurans, kad klinik, alamat atau nombor telefon doktor. Mulakan dengan memfailkan ‘Personal Medical Information’ untuk setiap ahli keluarga termasuk anda. Senaraikan nama pembekal ubat, alamat, telefon, senarai ubatan,senarai alergi, rekod pengimunan, salinan ujian dan laporan, polisi insurans dan salinan kad insurans. Lebih elok lagi jika salinan kedua dibuat dan disimpan di tempat selamat supaya mudah ahli keluarga menemuinya.

Maksimumkan Metabolisme
Banyakkan minum air kosong pada setiap hari. Jangan bimbang kembung kerana air kerana tubuh boleh bertindak sebagai penyimpan air. Ahli-ahli sains di Pusat Penyelidikan Klinikal, Berlin mendapati kadar metabolisme meningkat sebanyak 30 peratus dalam masa 10 minit selepas meminum air. Minum 12 gelas auns lapan kali sehari untuk tubuh badan sihat.

Perhatikan Tubuh Anda
Bertuahnya kerana membesar pada zaman moden, banyak penyakit berjaya diubati. Ada antaranya boleh dikesan sedari awal lagi. Lazimnya tubuh anda akan memberi isyarat jika berlaku sebarang gangguan. Jika anda memberi perhatian yang teliti kepada kesihatan tubuh, anda pasti dapat merasai perbezaannya. Ambil masa kenali dan perhatikan tubuh, kemudian berjumpalah doktor dan berkongsi masalah kesihatan dengannya.

What do you think?

23 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments