PETALING JAYA: Selepas Chickaboo si burung unta yang melarikan diri hingga menjadi sensasi Internet hingga menjadi tajuk utama akhbar, media sosial kembali 'kecoh' dengan video viral seekor kuda berlari di jalan raya di Kelantan

Kuda bewarna coklat itu dilihat di Kota Baru pada pagi Ahad. Seorang pengguna Facebook, Adli Alimin memuat naik dua video menunjukkan kuda berkenaan berlari di lorong kanan.

Dalam masa beberapa jam video itu telah dikongsi ribuan pengguna Facebook. Menurut Adli, kejadian itu dirakamkan ketika dia dalam perjalanan ke pejabat pada pukul 10 pagi.
"Kuda itu berlari di jalan selama lebih kurang 45 minit. Berdasarkan maklumat yang saya terima, kuda itu berlari dari Pasir Pekan di Wakaf Bharu ke Kubang Kerian," katanya.  
"Ia cukup menakjubkan kerana jarak antara dua lokasi itu lebih kurang 10km," katanya.

Dato Aliff Syukri Tarik Diri Taja Pasukan Selangor

PETALING JAYA: Desas-desus yang mengatakan D’Herbs Holding (M) Sdn Bhd akan menaja pasukan bola sepak Selangor tidak menjadi kenyataan apabila pemilik syarikat kosmetik popular itu mengambil keputusan menarik diri.

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa, beliau sudah 'tawar hati' dengan 'lamaran' untuk menjadi penaja pasukan bergelar juara Piala Malaysia itu.

Enggan mendedahkan punca sebenar kerjasama tersebut gagal diteruskan, Aliff Syukri berkata niat baiknya untuk membantu melonjakkan prestasi pasukan kesayangannya itu dipandang remeh pihak terbabit.
"Saya dah merajuk, dah tawar hati dengan pasukan Selangor. Mungkin mereka sudah ada peruntukan lain yang lebih besar. Itu hak mereka untuk buat pilihan. "Apa yang berlaku antara saya dan pasukan Selangor...biarlah rahsia. Tak perlu saya dedahkan. Kami tak ada jodoh, saya doakan pasukan Selangor berjaya untuk musim ini," katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa. 
Keputusan untuk membatalkan rancangan penajaan kepada pasukan The Red Giants itu dipercayai dibuat selepas usahawan kosmetik berkenaan mengadakan perbincangan kedua bersama Penolong Pengurus Selangor, Noor Hisham Mohd Ghouth.

Gambar pertemuan itu dimuat naik usahawan muda yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' itu di laman Facebook beliau sendiri pada Isnin.

Ditanya sama ada keputusan untuk menarik diri itu dibuat susulan kecaman pelbagai pihak termasuk penyokong pasukan merah kuning terhadapnya, Aliff Syukri bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa.
"Saya hanya nak bantu pasukan Selangor, tapi macam-macam tohmahan yang saya dapat. Niat baik saya disalah erti. "Bukan saya minta, tapi mereka yang datang memberi tawaran kepada saya. Sebagai ahli perniagaan saya perlu fikirkan tentang pulangan yang bakal diperolehi," katanya dengan nada kecewa. 
Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan Aliff Syukri kerana beberapa syarat 'pelik' yang sukar ditunaikan.

Laporan yang memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.

Sebelum ini mStar Online melaporkan Aliff Syukri nafi meletakkan syarat kontroversi untuk dipenuhi FAS antaranya mengecat Stadium Shah Alam dengan warna hijau serta menggunakan nama jolokan ‘Terlajak Gol’ bagi menggantikan The Red Giant

Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

Pelakon filem Rock Ooo, Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, 34, menerima hampir 200 missed call ketika berita yang mengatakan dia sudah meninggal dunia tersebar. Perkhabaran yang mengatakan Pekin telah meninggal dunia telah menjadi viral di laman Twitter dan di media sosial.
Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

Dikhabarkan Meninggal Dunia, Pekin Ibrahim Terima Hampir 200 Missed Call

“Saya masih belum meninggal dunia! Saya sihat sahaja. Saya baru selesai bermesyuarat dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan di Putrajaya untuk program yang bakal mereka adakan. Ketika sedang bermesyuarat, telefon bimbit saya menerima banyak panggilan sehingga kehabisan bateri.  
“Sesudah mesyuarat, saya caj semula telefon bimbit saya dan saya sangat terkejut kerana menerima hampir 200 panggilan tidak berjawab, menerima banyak notifikasi menerusi aplikasi Twitter dan Whatsapp. Berderau darah saya apabila dapat tahu yang berita palsu mengenai saya meninggal dunia tersebar,”kata Pekin. 
Risaukan keadaan ibu di kampung, Pekin terus menghubungi ibunya untuk memaklumkan yang dia masih sihat dan tidak meninggal dunia. Pekin juga kesal berita palsu ini menjadi viral di laman sosial kerana perihal hidup dan mati adalah satu perkara yang serius.
“Perkara pertama yang saya lakukan adalah untuk menghubungi ibu saya. Saya risau ibu saya yang berada di kampung bakal terkejut apabila menerima berita sebegini.  
Selain itu, saya juga risaukan keluarga dan rakan-rakan saya. Rupa-rupanya, berita palsu itu sudah sampai ke pengetahuan ibu dan saya hanya menjelaskan yang saya masih sihat sejahtera,” kata Pekin lagi. 
Dalam perkembangan terbaru, Pekin baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem yang berjudul Kampung Drift bersama Syafie Naswip dan Pablo Amirul.

Pekin juga kini sedang menanti dua filem terbarunya yang bakal menemui penonton di pawagam. Filem Juvana 2 lakonan Pekin bersama Johan As’ari, Zahiril Adzim dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 29 Oktober manakala filem sulung arahan Pekin yang berjudul Mat Moto 2016 bakal menjengah pawagam pada 13 Januari 2016.

Sebagaimana kita maklum, kerusi panas selaku pengurus Liverpool kosong ekoran pemecatan Brendan Rodgers yang melalui musim buruk sejak awal musim. Kita juga maklum, Liverpool telah melantik Jurgen Klopp sebagai pengurus pasukan mereka yang baru.

Apa yang kita tidak tahu, rupanya ada peminat yang begitu taksub dengan permainan komputer FIFA 15. Peminat berkenaan berani mengambil keputusan untuk mencuba nasib dan mengemukakan permohonan untuk jawatan itu melalui saluran rasmi.


Peminat tersebut, Adam Kneale menggunakan kejayaan beliau mengendali kelab Portsmouth yang berada dalam Liga Kejuaraan (Bahagian 2) dan membawa kelab tersebut ke Liga Perdana. Seterusnya beliau berjaya menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara-Juara dalam tempoh empat musim.

Ia sudah tentu prestasi yang sangat membanggakan kalau ia adalah dalam dunia realiti. Sah-sah anda seorang pengurus yang mantap kerana berjaya menjuarai beberapa kejayaan besar dengan kelab yang berada di bahagian dua.

Peminat mohon jawatan Pengurus Liverpool dan ini jawapan CEO Ian Ayre – Namun begitu, ia langsung tidak menarik minat Liverpool. Apa yang menarik perhatian adalah, Ketua Pegawai Eksekutif Ian Ayre sudi membalas permohonan dari Adam.
“Unfortunately, we are unable to process your interest at this time as we are looking for someone with more experience in the professional game. In relation to the experience that you have provided; taking Portsmouth Football Club from the 2nd Division and going on to winning the Premier League and Champions League in four seasons on FIFA 15, it is not the required standard of experience that we are looking for at this time.”  
“Malangnya, kami tidak dapat memproses minat anda pada masa ini kerana kami sedang mencari seseorang yang mempunyai pengalaman lebih dalam permainan profesional. Berhubung dengan pengalaman yang anda telah disediakan; membawa Portsmouth Football Club dari Bahagian ke-2 dan memenangi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara dalam tempoh empat musim di FIFA 15, ia bukanlah standard pengalaman yang diperlukan yang kita cari pada masa ini.”

Oh well, worth a try
Posted by Adam Kneale on Wednesday, 7 October 2015
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Adam Kneale dan beliau juga memberikan respon positif mengenai jawapan dari Ian dengan berkata; “Oh well, worth a try.”

Lelaki Dipenjara Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza

AMPANG: Tindakan seorang lelaki menunjukkan kemaluan di depan rumah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza pada Ahad lalu membawa padah apabila dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini pada Rabu.

Majistret Noor Farah Hazwani menjatuhkan hukuman itu terhadap Amiruddin Sulaiman, 49, selepas tertuduh gagal membayar denda sebanyak RM5,000.


Amiruddin didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti Nurhaliza di hadapan rumah artis itu di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pukul 5 petang pada 4 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, Amiruddin dipercayai datang beberapa kali ke rumah selebriti tersebut dengan tujuan yang sama.

Terdahulu, peguam, Dony Abdullah berkata Amiruddin adalah seorang duda menganggur dengan dua anak berusia 19 dan 21 tahun.

Dony berkata ia juga merupakan kesalahan pertama anak guamnya.

Salma Hayek Minum Rebusan Tulang Lembu Untuk Cantik

AKTRES Salma Hayek menyifatkan pembedahan plastik dan suntikan botoks bukan caranya untuk kekal cantik.

Sebaliknya, dia lebih senang mengamalkan minum air rebusan tulang lembu untuk mendapatkan kecantikan yang lebih asli.

"Sekarang ini saya membuat sesuatu benda yang sangat menyeronokkan iaitu membuat air rebusan tulang lembu.

"Saya satukan tulang-tulang lembu dalam periuk dan memasaknya dalam tempoh masa yang lama. 

"Ia penuh dengan lemak dan gelatin, bagus untuk kesihatan dan membuatkan kita lebih awet muda," katanya kepada portal people.com. Selain itu aktres itu juga menjalani ruti bersenam setiap pagi untuk kekal cergas.

Nora Danish & Nedim Nazri Putus Cinta

PETALING JAYA: Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama.

"Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Persoalan mengenai status perhubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.  Nora Danish dan Nedim Nazri.

Malah Nedim juga tidak memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim. Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu. 

"Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya.

Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. 

Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013. Sementara itu, Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar, dekat sini.

Malah, Nora juga bakal muncul menerusi dua filem terbaharu iaitu Polis Evo dan Chowrasta tidak lama lagi.

"Selain promosi filem Polis Evo dan Chowrasta, saya akan menjalani penggambaran drama berepisod dengan pengarah Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi.

"Dalam pada itu, saya juga merancang beberapa perniagaan lain yang akan diberitahu kelak," tuturnya.

Mariah Carey Terima Rantai Berlian 18 Karat Berharga RM1.9 Juta

BEBERAPA waktu lalu, Mariah Carey dan kekasih barunya James Packer mengejutkan ramai orang apabila dikhabarkan sudah mengakhiri perhubungan mereka.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Mariah menafikan khabar tersebut dan mengatakan mereka masih lagi baik bersama.

Malah penyanyi berusia 45 tahun itu membuatkan ramai wanita berasa cemburu apabila dia memuat naik foto menggayakan rantai berlian di Instagram.

Menurut laporan Dailymail, James telah membeli rantai berlian 18 karat tersebut yang dianggarkan bernilai USD$500 ribu (RM1.9 juta) dan ia diberi sebelum Mariah tampil membuat persembahan di Caesars Palace Colosseum, Las Vegas.
Powered by Blogger.